Monday 9 December 2019

Bersyukurlah.

Apabila kita berada di atas, jgn bongkak mendongak langit. Bersyukurlah.

Apabila kita berada di bawah, jgn mengalah dan putus harapan. Bersyukurlah.

Jika hidup kita di dunia berakhir dgn kemewahan, di akhirat belum tentu lagi bahagia.

Jika hidup kita di dunia berakhir dgn kesusahan, di akhirat belum tentu lagi sengsara.

Tak punya harta tak apa. Asal jgn hilang agama. Dunia 'rumah' sementara, akhirat 'rumah' selamanya

-DH

Monday 28 October 2019

Pulau Tioman


Hi..
Bertahun dah i tak menulis. Jangan pelik apabila cara penulisan i berbeza dari entry yg sebelum ini.

Ok, kali ni i nak cerita pengalaman i bercuti di Pulau Tioman. I cuba untuk jadikan entry ini simple but comprehensive.

Percutian ini sebenarnya adalah trip untuk staf kakak i, so i menumpang je.

  • Untuk pergi ke Pulau Tioman boleh melalui 2 jeti iaitu, Jeti Tanjung Gemok (Pahang) dan Jeti Mersing (Johor). Memandangkan i dari JB, jadi i naik melalui Jeti Mersing. Pejalanan dari Jeti Mersing ke Pulau Tioman ambil masa lebih kurang 2 jam. Untuk pergi, i naik feri Bestari. Bagi i feri ini agak padat, tak selesa, panas dan tandas dia sangat teruk. Bau tandas dia tak boleh nak digambarkan. 

oh ya, tiket pergi balik RM70/pax, cukai Taman Laut RM 5.00/ pax dan bayaran tambahan kerana cuti umum sebanyak RM30/group.
  • Sepanjang perjalanan, feri akan berhenti di 3 jeti. Pertama di Jeti Tekek, kemudian di Jeti Juara dan terakhir adalah Jeti Salang. I turun di Jeti Salang atau di kenali sebagai Kampung Salang. Baru i tahu, di Pulau Tioman ni ada banyak kampung. I menetap di Salang atas cadangan kawan yg pernah sampai di sini. Di kampung ni, terdapat banyak chalet yang menggunakan nama Salang. Tempat menginapan i bernama Puteri Salang Inn yang terletak di hujuuunggg kampung. Tak la begitu jauh, 5 miniit berjalan kaki dari jeti. Nak ke pantai pon dekat.
Harga penginapan termasuk snorkeling, RM285/pax untuk 2 malam. Sebilik memuatkan 2-3 orang

  • Chalet ini sangat-sangat biasa. Chalet lama yang berusia 27 tahun. Jadi, i tak boleh nak letakkan harapan yang tinggi dari segi keselesaan tetapi dari segi ketenangan, ya.. Memang tenang. Pemiliknya hanya mengekalkan apa yang ada di chalet ini dan tiada apa2 yang di upgrade kerena i tak nampak pon apa2 yang baru di situ. Apa yang buat i stress adalah water heater di bilik i tak berfungsi. Ketika i bercuti di sini pula musim hujan. Sejuk nakmati. Hari terakhir baru i mandi betul2, itu pun menumpang bilik  air kakak yang pintunya rosak
     
  • Walaupun begitu, Puteri Salang Inn merupakan satu2nya chalet yang ada kawasan khas untuk memasak, ada tv, peti sejuk sofa dan meja makan. Tapi, semua barang lama-lama la.. heheh. Staff di sini, patut di puji.. memg sangat baik, peramah dan bertimbang rasa. Kawasan chalet ni bersih. Ada pokok jambu air dan mangga. Kalau nak makan, petik je la.. Monyet pon banyak di sini. Tapi monyet2 ni tak ganggu orang.

  • Di sini, mereka sediakan tempat dan peralatan untuk BBQ. I bawa bahan-bahan BBQ sendiri. sebelum bertolak ke Tioman, i dan abang singgah dulu di supermarket di Mersing. Pada asalnya nak beli seafood segar di Pasar awam Mersing, tapi malangnya hari Jumaat pasar awam tutup. Beli je la apa yang ada. Apabila sampai je di chalet, kami terus bersihkan seafood, perap dan simpan dalam peti sejuk.
  • Selepas rehat & makan tengah hari (lupa nak bagi tahu, pakej yg kami ambil ni tidak masuk dengan makanan), staf edarkan barang2 untuk snorkeling dan bawa kami ke pantai untuk praktis sebelum betul2 pergi ke laut esok pagi. Teruja juga la sebab ini la kali pertama i buat aktiviti air ni.
  • Keesokan hari, sepatutnya snorkeling jam 10 pagi, tetapi jam 9.30 pagi hujan turun dengan sangat2 lebat. Jam 10.40 baru kami dapat bertolak, itu pu dalam perjalanan hujan turun lagi. Tapi, kapten bot kata, laut tak bergelora dan dia pilih kawasan yg selamat untuk snorkeling. Syokk weiiii walaupun i macam takut2 jugak. i sempat pergi 4 tempat. Yang pertama main park. Di sini memg ramai orang sebab tepi pantai dan lebih kepada nak dapatkan self confidence la. Tempat seterusnya i tak ingat nama apa. Coral dia cantik, ada ikan rainbow, ikan bilis, nemo dan macam2 lagi. Kemudian, kapten bawa kami makan tengah hari di Tekek. Tekek ni seperti bandar di Pulau Tioman, ada sekolah, masjid, klinik dan kedai bebas cukai. Lain kali, kalau ada rezeki ke Tioman, i akan stay di Tekek. Lebih meriah walaupun agak bising. Di tekek ni la baru i nampak ada kereta. Salang tak ada kereta ye. Motor sahaja itu pun motor angkut barang.
  • Selepas makan, i sambung snorkeling di Soyak dan pulang semula ke Salang. Ingatkan sampai salang nak main air lagi. Tapi hujan turun dengan lebat. Jadi, i balik. Mandi dan tidur.
  • Malam itu, kami makan ramai2 di Salang Dream. Makanan di sini tak la mahal2 sangat. Air mineral je la mahal, RM 4.00/1.5 liter. Makanan lain lebih kurang kat darat je. Kami order makanan untuk 17 orang. Air 2 jug, ikan siakap 4 ekor (masak 3 rasa & halia), tomyam seafood 3 mangkuk, sayur 4 pinggan, daging masak lada hitam 1 pinggan dan nasi putih 19 pinggan. Total RM354. Murah kan?? Salang Dream ni makanan dia boleh tahan sedap. Yang lain tu kurang sikit. Siapa yang nak food hunt tu tak perlu la datang Tioman. Di sini makan hanya untuk hidup je. Bukan untuk mendapat kepuasan. Hahah.


  • Hari terakhir, free & easy je. Memandangakn feri jam 5 petang. Kami dapat la mandi laut puas2 sampai tengah hari. Siap tempah gelanggang main bola tampar lagi. 
  • Awal2 tadi i ada bagi tahu staff/owner nya bertimbang rasa kan. Nak tahu kenapa? Dia bagi kami check out lambat tanpa sebarang caj ok.... Bukan lambat sejam je tau. Tetapi lambat 3 jam untuk setiap chalet. Alhamdulillah.
  • Untuk balik ke Jeti Mersing, kali ni kami dapat Feri lain, iaitu Wawasan. Ha... yang ni baru best. Sejuk, selesa dan siap ada jual air dan jajan lagi.
  • Sampai sini ja la i mampu menulis. entry ni pon i tak cerita terperinci. Nanti kang jadi novel pula.
  • Sebenarnya ada banyak lagi kisah2 lain yang tak tertulis di blog. Antaranya, kes blacklist PTPTN ketika nak ke Hatyai, trip ke Bangkok and India, kisah cinta & air mata. InsyaAllah. Jika ada kesempatan, i menulis lagi.
wassalam.




Monday 29 May 2017

Review : candywax @buang bulu

Assalamalaik.
Hi.. hari ni sy nak buat review sikit tentang buang bulu guna candy wax. Sy first time cuba guna produk ni. Beli online. Katanya organik dan boleh guna di 'private area'

Dapat je produk ni, sy baca ingridient. Antara bahan utama dia gula, madu, jus lemon, chamomile (sy pon x tahu apa ni). Satu soalan bermain dalam kepala.. produk ni boleh makan ke? Mcm sedap je bau..hahaha

Ok, sy terus cerita tentg cara guna.

Sebelum boleh guna, kena rendam dulu bekas wax ni dlm air panas.
Masukkan bekas dalam air mendidih, biarkan dalm 3 min, kemudia kacau biar sekata. Make sure air panas tu melebihi separuh bekas wax . Mula2 sy buat x sampai separuh bekas, x cair.


Bila dah cair dan agak2 boleh spread pada kulit, sy pindahkan air panas dan bekas wax dalam mangkuk. Wax ni kena sentiasa dalam air panas sepanjang menggunakannya. Kalau tak nanti, tengah guna, dia mengeras.
Boleh nampak dalm gambar, wax dah boleh mengalir macam barter cake.

Sebelum apply pada kulit, kena sapu bedak dulu. Mungkin nak mengurangkan rasa sakit kot.

First tempat yg sy buat adalah di ketiak. Sapu wax ikut arah bulu tumbuh taw. Sy cuba buat arah bertentangan... perghhh.. giler sakit. Perit!!
Masa nak cabut strip (strip dan stick diberi percuma masa beli), dalam hati kata, kalau sakit ini adalh kali pertama dan kali terakhir aku pakai benda alah ni..
Kuatkan hati untuk cabut.. zaaaappppppp....... perghhh.. sakit jugak.. tp boleh ditanggung lagi.. cumanya, ade darah keluar dari liang roma.. banyak jugak keluar.. mungkin pertama kali @ gnas sangat cabut, sampai luka.
Sy pon teruskan aktiviti sapu dan tarik ni kat ketiak kiri pula. Alhamdulillah. Ok. Licin!

Kemudian, buat di kaki kanan. Yang ni sy x puas hati sangat. Bukan ape. Penat sebenarnya. Menahan sakit lagi. Dan, kalau nak berwaxing ni, make sure bulu korang betul2 panjang. Kalau setakat 0.5cm, x jalan pon.. nanti jd macam sy, walau dah wax banyak lagi bulu yg teringgal sebb masih pendek.
Yela, perempuan mana yg sanggup tunggu bulu kaki betul2 panjang. Akhirnya, sy buat kaki kanan ja.hahaha. Sebelah lagi, kalau rajin wax, kalau malas p guardian beli cream veet je...

Lupa nak bg tau. Strip ni reuseable. Jadi, lepas guna korang rendam dulu dalm air panas supaya wax dia cair dan senang nak cuci. Kalau x rendam, memg berketul2 wax n boleh tersumbat tandas@sinki nanti.

Bawah ni ada gambar strip yg sy dah siap cuci.
 

Akhir kata, apa yg saya boleh simpulkan hasil penggunaan kali pertama sy ni....

1. Sy akan guna wax ni utk under arm...
2. Sy tak akn guna di private area walupon penjual mengatakan ia boleh dan selamat. Takot wooo..
3. Utk buang bulu kaki, sy lebih rela guna veet@ p waxing di spa walaupon di spa mungkin mahal. Tapi kita boleh rilex,staf pon lebih professional, sy tak payah nak panaskan air, nak apply wax, then nak cuci strip. Macam banyak kerja pulak..

Bagi sesiapa yg nak cuba, silakan. Tak halang.. nanti boleh share experience korang di ruang komen.

Ps- entry ni hanya utk mencerita pengalaman menggunakan produk ini shj. Sy tahu ramai insan perlukan review sebelum menggunakan sesuatu produk.

Thursday 8 January 2015

RESDUNG DAN SINAR PERMATA

Assalamualaikum

Hai semua... 
Hari ni Dija pergi buat rawatan resdung di sinar permata untuk kali yg kedua. 

Secara ringkasnya, bayaran RM50, masa rawatan 20-30min.

Pertama kali Dija pergi, staff Sinar permata(SP) check dulu sama ada Dija ada resdung atau tak.
dia masukkan cotton bud berserta serbuk apa entah dalam telinga Dija. Jika ada bunyi meletup2 mcm org main mercundlm telinga, maksudnya memg ada resdung. 

Dija memg ada resdung pun walaupun jerawat x byk, tp tanda2 resdung ni ada. Contohnya, gatal2 telinga,tekak,hidung. Ada rasa benda merayap2 bawah kulit muka ni dan bersin waktu pagi.

Langkah seterusnya, staff sp bagi Dija sedut serbuk menggunakan kedua2 lubang hidung  ni. Apalagi, bersin beribu kali.. meleleh hingus..huhuhu.then staff urut2 hidung,pipi dan dahi supaya hingus keluar dgn lebih baik. step ni ambil masa dalam 5-10min.

Step ke 2, dia masukkan cotton bud yg disaluti cecair berangin,serbuk td dan beberapa titis ubat. Kali best sikit, cotton bud tu dibiarkan dlm dua2 lubang hidungku selama 5min.. mcm alien pon ada.. Dija pun hacum haacum lagi lebih kurang 5 min.kemudian hidung ku dipicit2 lg.

Step 3 sama dengan step 2. Ambil masa 5min.

Selesai bersin2, staff tu spray air kat mata Dija. Igt kan nak buat apa. Rupanya nak buat urutan mata guna mesin dia. Gegar2 anak mata Dija..

Selesai. Disebabkan Dija puas hati, Dija pon pergi lagi untuk kedua kalinya.
apa yang Dija suka dengan Sinar Permata ni, dia x tak paksa2 Dija untuk beli produk dia. Dia memg rekemen dan explain kebaikan produk yg dijual, tp x mendesak2 mcm certain tempat. Apa yg dia bg tahu hanya untuk pengetahuan patient je incase nak beli.

InsyaAllah next month buat rawatan lagi...

K...tu je.. bye2

Tuesday 16 December 2014

GURU SANDARAN/KUMPULAN GURU SIMPANAN KEBANGSAAN(KGSK)

ASSALAMUALAIKUM..

Pening kepala Dija nak kerja apa sementara nak uruskan sambung master September 2015. Tanya Mister Google, Miss Facebook, Dato’ Jobstreet, tak jumpa2 kerja yang sesuai..

Hasrat nak jadi guru sandaran muncul bila ada seorang kawan jadi cikgu ganti di tempatnya,Pahang. Dengar macam seronok je, sebenarnya, Ummi Dija pon ada cadangkan untuk jd guru ganti sebelum ni, tapi waktu tu Dija tak teringin nak kerja dalam environment sekolah.. yela, hidup ni asyik, belajar,   mengajar, sekolah, BUKU… adoi….
Kemudian, Dija pon cari info tentg kGSK ni. Akhirnya, jumpa jugak..

Kepada kawan2 yang nak jadi guru sandaran, apa yang harus kamu buat adalah:-

1.     Mendaftar dulu sebagai ahli di jpnjohor.moe.gov.my/ekgsk atau portal jpn kawasan kamu.
2.    Isi borang ekgsk online di portal.
3.    Print
4. Dapatkan cop pengesahan untuk sijil2 kamu, spt: sijil pmr,spm,diploma,ijazah dan sijil aktiviti yang kamu rasa ianya outstanding. (Dija bagi sijil Dija buat aktiviti di Kemboja dan Indonesia)
5.    Hantarkan borang dan sijil2 yang telah disahkan ke PPD tempat kamu. (yg menguruskan pengambilan guru ni pegawai kgsk,pejabat pendidikan daerah)

Semasa Dija hantar borang, Dija terus kena interview. Terkejut kaww!! Nasib baik Dija terdetik hati nak berpakaian kemas. Biasa Dija keluar pakai jean, t-shirt and tudung indon je..

Soalan2 yang di tanya dan jawapan yang Dija bagi.

1.     Apa yang awak faham dengan cikgu ganti ni?

Jawapan: jika ada kekosongan, sy akan dipanggil dan diberi matapelajaran tertentu untuk di ajar kpd murid2. sekiranya ada guru yg cuti untuk sehari dua, sy kena ganti juga.

2.    Awak rasa, mcm mana waktu berkerja guru ganti.

Jawapan: hmm.. apa yang sy tahu, guru2 masuk kerja jam 7.00pg dan sekitar 3.00ptg, balik la.. kalau saya, sy prefer untuk kerja pagi.tp kalau di panggil petang pon, ok jugak..

3.    Kawasan mana yang awak boleh cover? Seluruh johor bahru boleh?

Jawapan: kalau boleh sy nak yang dekat dengan rumah spt Larkin, BBU, Kempas, Damansara Alif.

4.    Awak ada transport?

Jawapan: ada… tp kongsi dengan ibu..hahah.. (mcm main2 je jawapan aku,tp aku jujur taw…)

5.    Awak tahu macam mana gaji guru di berikan? (soalan fav aku ni..)
Jawapan: gaji diberi ikut tangga pendidikan. Ijazah akan dapat rm 100/hari berkerja.

6.    Awak dah kira hari bekerja untuk guru dan berapa gaji yang awak akan dapat?

Jawapan: belum.. (sebenarnya,dah..hahaha.. tp x nak la bg tahu..nampak sangat mata duitan nanti)

Selebihnya, kami berbincang tentang subjek untuk diberikan. Pegawai tu cakap, dia mahukan cikgu yang flexible, boleh ajar banyak subjek. Berdasarkan result pmr, spm dan subjek yg Dija belajar masa degree Dija, dia cakap Dija boleh ajar semua subjek.. hahaha.. hampir tercekik dengar. Yang tak tahan tu dia kata Dija boleh ajar biology dan fizik.. Dija dulu ambil sains teknikal, mana ada bio2 ni. kat university ada la belajar basic bio, sikit je…. Fizik pulak, memg subjek yg Dija benci sejak lahir lg. SPM pun dapat Cemerlang untuk fizik (C5). Tp akhirnya, Dija setuju je la dia nak bg subjek apa sekalipun.

Sebelum beredar, pegawai tu pesan suruk datang awal januari untuk bincang sekolah mana yang ada kekosongan.

Wish me luck,ok….

  

Friday 17 October 2014

MY PET: GUINEA PIGS/TIKUS BELANDA

ASSALAMUALAIKUM..

Dija baru je tahu nama binatang comel ni guinea pig. Dulu tengok GP dalam cerita BED TIME STORY, tertanya2 binatang apakah ini? (kesian sungguh pada diri sendiri..uwaaa). Tapi hari ni, Dija dah memelihara GP. Pertama kali tgk GP secara live, masa Dija praktikal di Bogor,Indonesia. Kemudian, DIja pasang angan-angan untuk beli GP apabila balik Malaysia.

Sampai JB, Dija pergi pet shop yang Dija tahu, tapi malangnya tak jumpa sekor pun..huhuhu.. Kemudian Dija pergi pet shop di Giant Tampoi,Jb dan tanya Uncle kaunter.. Dia pun bagi tahu ada seorang budak perempuan nama Shida nak jual GP dia sebab ianya dah membiak dengan cepat. Uncle tu pun, bg nombor telefon Shida. Memandangkan Shida kerja dan Dija pula akan ada perbentangan praktikal di UiTM,Shah Alam. Proses pembelian dan penjualan pun terpaksa delay.

Jadi, seperti biasa sebelum  membeli, Dija akan study dulu macam mana nak menjaga,memberi makan,tempat tinggal dan sebagainya. Dija bercadang nak buat sendiri je tempat tinggal untuk GP guna infraboard, dan hot glue sebab nak berjimat. Hot glue gun memg sudah ada di rumah. Hanya beli board je dalam RM 6.50/sekeping.. Dija beli 4-5 keping. Penat ooo... buat sendiri.. Nak menggunting board tu paling seksa. Sakit jari jemari Dija..hihihi.. Tapi bila dah siap,puas hati la walaupun hasilnya tak seberapa pun..hahaha. 


Pada 9 Ogos 2014, Dija pun beli seekor GP berumur 1bulan.. Sangat comel.. Dija bagi nama KOKO.. Disebabkan kesian tengok KOKO keseekoran, 2 bulan kemudian, Dija pun beli lagi seekor GP yang berumur 1bulan juga dan ia di beri nama JELLY. Baka KOKO dan JELLY ialah abbyssinian.

KOKO dan JELLY suka sangat makan salad.. Kalau dapat salad, makan tak ingat dunia. Kadang2 Dija bg juga mereka makan lobak, timun dan buah tembikai. KOKO dan JELLY sangat tak suka pisang. Pertama kali Dija kasi pisang pada KOKO, dia bau kejap, dia terus melompat ke belakang dan lari.. Aduhai.. Buat rugi pisang Dija je..
KOKO semasa 1 bulan
rumah buatan Dija..hehe


sedap betul KOKO tidur..sampai berdengkur..haha..kidding


KOKO dah ada teman baru, JELLY(kanan)


Ramai yang kata, nak jaga GP ni kos nya sangat tinggi. Nak kena bagi vit C, timothy grass dan mcm2. Sebenarnya, tak bagi pun tak apa. Bagi sayur dan pellet pun dah ok(air jangan lupa). Ni perkiraan Dija setiap bulan.

pellet: RM10/sebulan
bedding:RM7/sebulan (Dija tukar bedding seminggu sekali je)
sayur:RM10-RM15 (2-3kali je seminggu)
total< RM 40 sebulan


p/s: Dija cadangkan, pada sesiapa yang nak bela GP ni, beli la sangkar... Kalau nak buat juga, boleh tengok kat youtube.  Sekarang ni GP Dija dah dalam sangkar. Masa dia tinggal dalam rumah buatan Dija tu, setiap subuh, dia keluar dari rumah dia dan merayau-rayau dekat ruang tamu. Tak nak dia kencing dan berak merata, Ummi Dija belikan sangkar 2 tingkat untuk GP Dija..Alhamdulillah,rezeki.







KANTA LEKAP/CONTACT LENSE: Pengalaman&penjagaan.

PENGALAMAN
Sejak dari sekolah menengah lagi Dija teringin nak pakai kanta lekap. Tapi ummi tak izinkan sebab bahaya katanya. Dija pun ikutkan je memandangkan duit poket pun mak ayah yang bagi.

Nak dijadikan cerita, tahun 2009, Dija masuk UiTM,Kuala Pilah. Buat pula pinjaman PTPTN, apa lagi, Dija beli la contact lense. Dija pun tak ingat brand apa yang Dija pakai.. Tapi, masa mula-mula pakai, perghhhhhh... memang tak selesa langsung!! Dija pakai 1jam je, dah tak tahan.. Rasa macam ada benda yang menarik2 dan mencucuk2 biji mata ni. Berair mata Dija..

Sebenarnya, untuk pertama kali pakai, hanya perlu 2-3 jam saja untuk menyesuaikan mata dengan contact lense. Lepas seminggu  pakai, Dija dah selesa dah dan Dija cuba juga pakai contact lense berwarna. tapi Dija tak berapa suka sebab mata Dija jadi kabur sebab warna contact lense tu menghalang penglihatan. Akhirnya, Dija pakai je clear contact lense. Tak guna mata berwarna cantik tapi penglihatan kabur juga.

Dah 5 tahun pakai lense, Dija dah ada brand kegemaran, Bousch&Lomb softlen. Selesa dan lembut.

KEMALANGAN KECIL (kecuaian diri sendiri)
kalau nak pakai lense ni, kena la buat study sikit. Sekurang2nya kena tahu cara penjagaan, apa yang boleh dan apa yang tidak. jangan jadi macam Dija, main bantai je.

Dija pernah pakai lense untuk tidur kononnya dalam 15 minit, tp terlajak tidur sampai beberapa jam.. ambik kaww... Bangun tidur, lense susah nak di tanggalkan. Gementar rasa. Dija paksa juga untuk cabut, akhirnya dapat tanggalkan. Tapi memang merah dan sakit mata lepas tu. Dija pun berhenti la pakai kejap.

Kemalangan kecil yang kedua.. yang ni memg Dija rasa nak menangis dan meraung. Dija Ambil wudhu' tp tak tanggalkan lense. Air masuk dalam mata. Lense bergerak dan tiba-tiba penglihatan Dija kabur. Mula-mula Dija ingatkan lense terjatuh, tp rasa tak selesa pula dalam mata ni. Rupa-rupanya.....lense dah bergerak masuk dalam kelopak mata..uwaaaaa... macam mana nak keluarkan ni..
Tak pergi klinik pun... Dija just tarik sikit kelopak mata, dan biarkan lense tu bergerak perlahan-lahan ke anak mata...

OK.. cukup la cerita tentang pengalaman....
Disini Dija sertakan sedikit info untuk sesiapa baru nak kenal kanta lekap/contact lense.
http://www.myhealth.gov.my/index.php/my/pemakaian-kanta-lekap-yang-selamat

Penjagaan kanta lekap dan larutan pencuci/rendaman
  • Basuh dan keringkan tangan anda sebelum menyentuh kanta lekap.
  • Gunakan larutan pencuci kanta lekap yang hanya disarankan oleh optometris atau juruoptik berlesen anda.
  • Gosok kanta lekap anda semasa mencuci untuk membersihkan sebarang deposit dan mikroorganisma.
  • Jangan gunakan larutan pencuci yang telah luput tarikh (expired). Tempoh luput larutan pencuci kanta lekap yang telah dibuka pula adalah 3 bulan selepas larutan dibuka.
  • Kanta lekap yang terendam lama dan tidak dipakai perlu ditukar dengan larutan rendaman baru sekurang-kurangnya 2 hari sekali. Kanta tersebut juga perlu dicuci sebelum dipakai semula.
  • Cuci dan bilas kanta lekap yang jatuh atau terkeluar dari mata sebelum memakainya semula. Ganti kanta yang terjatuh dengan kanta baru jika anda ada bekalan kanta lain.
  • Jangan menambah larutan rendaman (topping off) untuk mengurangkan risiko jangkitan dan radang mata.
  • Buang larutan rendaman setiap kali selepas kanta lekap dipakai. Gunakan larutan rendaman baru ketika hendak merendam kanta lekap semula.
  • Pastikan anda mempunyai cermin mata dengan kuasa kanta yang terkini.
  • Jangan gunakan air paip atau air suling yang dibuat sendiri untuk mencuci kanta lekap.
Penjagaan bekas kanta lekap
  • Bekas kanta lekap perlu ditukar sekurang-kurangnya 3 bulan sekali.
  • Bekas kanta lekap perlu dicuci dengan larutan pencuci kanta lekap, bukan dengan air paip. Bekas kanta lekap perlu dikeringkan pada posisi terbalik dan penutup bekas dibiarkan terbuka.
  • Bekas kanta lekap harus disimpan atau diletakkan dalam bilik atau pada persekitaran yang kering. Jangan simpan bekas kanta lekap di dalam bilik air atau persekitaran yang lembap
Pengendalian kanta lekap
  • Jangan berkongsi kanta lekap anda dengan orang lain.
  • Mulakan memakai kanta lekap pada mata kanan dahulu supaya tidak keliru
  • Pastikan kanta lekap tidak terbalik semasa hendak memakainya
  • Buang kanta lekap yang telah luput tarikh
  • Elakkan memakai kanta lekap tujuh hari berturut-turut. Biarkan mata berehat pada hari keenam atau pada hujung minggu.
Setiap kali anda memakai kanta lekap, pastikan bahawa anda :
  • FEEL GOOD  – selesa memakai kanta lekap
  • LOOK GOOD – mata tidak merah
  • SEE WELL     – penglihatan jelas
Berhenti daripada memakai kanta lekap jika mata anda tidak selesa, mata merah dan penglihatan kabur.
Sentiasalah berhubung dengan optometris atau juruoptik berlesen anda untuk mendapatkan nasihat pemakaian dan penjagaan yang selamat.
Semoga bermanfaat.. wassalam

Bersyukurlah.

Apabila kita berada di atas, jgn bongkak mendongak langit. Bersyukurlah. Apabila kita berada di bawah, jgn mengalah dan putus harapan. ...