Tuesday, 16 December 2014

GURU SANDARAN/KUMPULAN GURU SIMPANAN KEBANGSAAN(KGSK)

ASSALAMUALAIKUM..

Pening kepala Dija nak kerja apa sementara nak uruskan sambung master September 2015. Tanya Mister Google, Miss Facebook, Dato’ Jobstreet, tak jumpa2 kerja yang sesuai..

Hasrat nak jadi guru sandaran muncul bila ada seorang kawan jadi cikgu ganti di tempatnya,Pahang. Dengar macam seronok je, sebenarnya, Ummi Dija pon ada cadangkan untuk jd guru ganti sebelum ni, tapi waktu tu Dija tak teringin nak kerja dalam environment sekolah.. yela, hidup ni asyik, belajar,   mengajar, sekolah, BUKU… adoi….
Kemudian, Dija pon cari info tentg kGSK ni. Akhirnya, jumpa jugak..

Kepada kawan2 yang nak jadi guru sandaran, apa yang harus kamu buat adalah:-

1.     Mendaftar dulu sebagai ahli di jpnjohor.moe.gov.my/ekgsk atau portal jpn kawasan kamu.
2.    Isi borang ekgsk online di portal.
3.    Print
4. Dapatkan cop pengesahan untuk sijil2 kamu, spt: sijil pmr,spm,diploma,ijazah dan sijil aktiviti yang kamu rasa ianya outstanding. (Dija bagi sijil Dija buat aktiviti di Kemboja dan Indonesia)
5.    Hantarkan borang dan sijil2 yang telah disahkan ke PPD tempat kamu. (yg menguruskan pengambilan guru ni pegawai kgsk,pejabat pendidikan daerah)

Semasa Dija hantar borang, Dija terus kena interview. Terkejut kaww!! Nasib baik Dija terdetik hati nak berpakaian kemas. Biasa Dija keluar pakai jean, t-shirt and tudung indon je..

Soalan2 yang di tanya dan jawapan yang Dija bagi.

1.     Apa yang awak faham dengan cikgu ganti ni?

Jawapan: jika ada kekosongan, sy akan dipanggil dan diberi matapelajaran tertentu untuk di ajar kpd murid2. sekiranya ada guru yg cuti untuk sehari dua, sy kena ganti juga.

2.    Awak rasa, mcm mana waktu berkerja guru ganti.

Jawapan: hmm.. apa yang sy tahu, guru2 masuk kerja jam 7.00pg dan sekitar 3.00ptg, balik la.. kalau saya, sy prefer untuk kerja pagi.tp kalau di panggil petang pon, ok jugak..

3.    Kawasan mana yang awak boleh cover? Seluruh johor bahru boleh?

Jawapan: kalau boleh sy nak yang dekat dengan rumah spt Larkin, BBU, Kempas, Damansara Alif.

4.    Awak ada transport?

Jawapan: ada… tp kongsi dengan ibu..hahah.. (mcm main2 je jawapan aku,tp aku jujur taw…)

5.    Awak tahu macam mana gaji guru di berikan? (soalan fav aku ni..)
Jawapan: gaji diberi ikut tangga pendidikan. Ijazah akan dapat rm 100/hari berkerja.

6.    Awak dah kira hari bekerja untuk guru dan berapa gaji yang awak akan dapat?

Jawapan: belum.. (sebenarnya,dah..hahaha.. tp x nak la bg tahu..nampak sangat mata duitan nanti)

Selebihnya, kami berbincang tentang subjek untuk diberikan. Pegawai tu cakap, dia mahukan cikgu yang flexible, boleh ajar banyak subjek. Berdasarkan result pmr, spm dan subjek yg Dija belajar masa degree Dija, dia cakap Dija boleh ajar semua subjek.. hahaha.. hampir tercekik dengar. Yang tak tahan tu dia kata Dija boleh ajar biology dan fizik.. Dija dulu ambil sains teknikal, mana ada bio2 ni. kat university ada la belajar basic bio, sikit je…. Fizik pulak, memg subjek yg Dija benci sejak lahir lg. SPM pun dapat Cemerlang untuk fizik (C5). Tp akhirnya, Dija setuju je la dia nak bg subjek apa sekalipun.

Sebelum beredar, pegawai tu pesan suruk datang awal januari untuk bincang sekolah mana yang ada kekosongan.

Wish me luck,ok….

  

Bersyukurlah.

Apabila kita berada di atas, jgn bongkak mendongak langit. Bersyukurlah. Apabila kita berada di bawah, jgn mengalah dan putus harapan. ...