Dija baru je tahu nama binatang comel ni guinea pig. Dulu tengok GP dalam cerita BED TIME STORY, tertanya2 binatang apakah ini? (kesian sungguh pada diri sendiri..uwaaa). Tapi hari ni, Dija dah memelihara GP. Pertama kali tgk GP secara live, masa Dija praktikal di Bogor,Indonesia. Kemudian, DIja pasang angan-angan untuk beli GP apabila balik Malaysia.
Sampai JB, Dija pergi pet shop yang Dija tahu, tapi malangnya tak jumpa sekor pun..huhuhu.. Kemudian Dija pergi pet shop di Giant Tampoi,Jb dan tanya Uncle kaunter.. Dia pun bagi tahu ada seorang budak perempuan nama Shida nak jual GP dia sebab ianya dah membiak dengan cepat. Uncle tu pun, bg nombor telefon Shida. Memandangkan Shida kerja dan Dija pula akan ada perbentangan praktikal di UiTM,Shah Alam. Proses pembelian dan penjualan pun terpaksa delay.
Jadi, seperti biasa sebelum membeli, Dija akan study dulu macam mana nak menjaga,memberi makan,tempat tinggal dan sebagainya. Dija bercadang nak buat sendiri je tempat tinggal untuk GP guna infraboard, dan hot glue sebab nak berjimat. Hot glue gun memg sudah ada di rumah. Hanya beli board je dalam RM 6.50/sekeping.. Dija beli 4-5 keping. Penat ooo... buat sendiri.. Nak menggunting board tu paling seksa. Sakit jari jemari Dija..hihihi.. Tapi bila dah siap,puas hati la walaupun hasilnya tak seberapa pun..hahaha.
Pada 9 Ogos 2014, Dija pun beli seekor GP berumur 1bulan.. Sangat comel.. Dija bagi nama KOKO.. Disebabkan kesian tengok KOKO keseekoran, 2 bulan kemudian, Dija pun beli lagi seekor GP yang berumur 1bulan juga dan ia di beri nama JELLY. Baka KOKO dan JELLY ialah abbyssinian.
KOKO dan JELLY suka sangat makan salad.. Kalau dapat salad, makan tak ingat dunia. Kadang2 Dija bg juga mereka makan lobak, timun dan buah tembikai. KOKO dan JELLY sangat tak suka pisang. Pertama kali Dija kasi pisang pada KOKO, dia bau kejap, dia terus melompat ke belakang dan lari.. Aduhai.. Buat rugi pisang Dija je..
![]() |
| KOKO semasa 1 bulan |
![]() |
| rumah buatan Dija..hehe |
![]() |
| sedap betul KOKO tidur..sampai berdengkur..haha..kidding |
![]() |
| KOKO dah ada teman baru, JELLY(kanan) |
Ramai yang kata, nak jaga GP ni kos nya sangat tinggi. Nak kena bagi vit C, timothy grass dan mcm2. Sebenarnya, tak bagi pun tak apa. Bagi sayur dan pellet pun dah ok(air jangan lupa). Ni perkiraan Dija setiap bulan.
pellet: RM10/sebulan
bedding:RM7/sebulan (Dija tukar bedding seminggu sekali je)
sayur:RM10-RM15 (2-3kali je seminggu)
total< RM 40 sebulan
p/s: Dija cadangkan, pada sesiapa yang nak bela GP ni, beli la sangkar... Kalau nak buat juga, boleh tengok kat youtube. Sekarang ni GP Dija dah dalam sangkar. Masa dia tinggal dalam rumah buatan Dija tu, setiap subuh, dia keluar dari rumah dia dan merayau-rayau dekat ruang tamu. Tak nak dia kencing dan berak merata, Ummi Dija belikan sangkar 2 tingkat untuk GP Dija..Alhamdulillah,rezeki.




No comments:
Post a Comment