Hi.. hari ni sy nak buat review sikit tentang buang bulu guna candy wax. Sy first time cuba guna produk ni. Beli online. Katanya organik dan boleh guna di 'private area'
Dapat je produk ni, sy baca ingridient. Antara bahan utama dia gula, madu, jus lemon, chamomile (sy pon x tahu apa ni). Satu soalan bermain dalam kepala.. produk ni boleh makan ke? Mcm sedap je bau..hahaha
Ok, sy terus cerita tentg cara guna.
Sebelum boleh guna, kena rendam dulu bekas wax ni dlm air panas.
Masukkan bekas dalam air mendidih, biarkan dalm 3 min, kemudia kacau biar sekata. Make sure air panas tu melebihi separuh bekas wax . Mula2 sy buat x sampai separuh bekas, x cair.

Bila dah cair dan agak2 boleh spread pada kulit, sy pindahkan air panas dan bekas wax dalam mangkuk. Wax ni kena sentiasa dalam air panas sepanjang menggunakannya. Kalau tak nanti, tengah guna, dia mengeras.
Boleh nampak dalm gambar, wax dah boleh mengalir macam barter cake.


Sebelum apply pada kulit, kena sapu bedak dulu. Mungkin nak mengurangkan rasa sakit kot.
First tempat yg sy buat adalah di ketiak. Sapu wax ikut arah bulu tumbuh taw. Sy cuba buat arah bertentangan... perghhh.. giler sakit. Perit!!
Masa nak cabut strip (strip dan stick diberi percuma masa beli), dalam hati kata, kalau sakit ini adalh kali pertama dan kali terakhir aku pakai benda alah ni..
Kuatkan hati untuk cabut.. zaaaappppppp....... perghhh.. sakit jugak.. tp boleh ditanggung lagi.. cumanya, ade darah keluar dari liang roma.. banyak jugak keluar.. mungkin pertama kali @ gnas sangat cabut, sampai luka.
Sy pon teruskan aktiviti sapu dan tarik ni kat ketiak kiri pula. Alhamdulillah. Ok. Licin!
Kemudian, buat di kaki kanan. Yang ni sy x puas hati sangat. Bukan ape. Penat sebenarnya. Menahan sakit lagi. Dan, kalau nak berwaxing ni, make sure bulu korang betul2 panjang. Kalau setakat 0.5cm, x jalan pon.. nanti jd macam sy, walau dah wax banyak lagi bulu yg teringgal sebb masih pendek.
Yela, perempuan mana yg sanggup tunggu bulu kaki betul2 panjang. Akhirnya, sy buat kaki kanan ja.hahaha. Sebelah lagi, kalau rajin wax, kalau malas p guardian beli cream veet je...
Lupa nak bg tau. Strip ni reuseable. Jadi, lepas guna korang rendam dulu dalm air panas supaya wax dia cair dan senang nak cuci. Kalau x rendam, memg berketul2 wax n boleh tersumbat tandas@sinki nanti.
Bawah ni ada gambar strip yg sy dah siap cuci.

Akhir kata, apa yg saya boleh simpulkan hasil penggunaan kali pertama sy ni....
1. Sy akan guna wax ni utk under arm...
2. Sy tak akn guna di private area walupon penjual mengatakan ia boleh dan selamat. Takot wooo..
3. Utk buang bulu kaki, sy lebih rela guna veet@ p waxing di spa walaupon di spa mungkin mahal. Tapi kita boleh rilex,staf pon lebih professional, sy tak payah nak panaskan air, nak apply wax, then nak cuci strip. Macam banyak kerja pulak..
Bagi sesiapa yg nak cuba, silakan. Tak halang.. nanti boleh share experience korang di ruang komen.
Ps- entry ni hanya utk mencerita pengalaman menggunakan produk ini shj. Sy tahu ramai insan perlukan review sebelum menggunakan sesuatu produk.
Terima kasih tau kongsi pengalaman (review) guna produk ni. Saya nak cuba tapi takut ada bahan pelik-pelik pula dalam tu macam kes krim timbang kilo tu. Chamomile tu nama bunga (https://en.wikipedia.org/wiki/Chamomile). Selalu orang guna untuk buat teh.
ReplyDeletegubalsubsga Leslie Gray click here
ReplyDeleteclaszutconsdoor