Sejak dari sekolah menengah lagi Dija teringin nak pakai kanta lekap. Tapi ummi tak izinkan sebab bahaya katanya. Dija pun ikutkan je memandangkan duit poket pun mak ayah yang bagi.
Nak dijadikan cerita, tahun 2009, Dija masuk UiTM,Kuala Pilah. Buat pula pinjaman PTPTN, apa lagi, Dija beli la contact lense. Dija pun tak ingat brand apa yang Dija pakai.. Tapi, masa mula-mula pakai, perghhhhhh... memang tak selesa langsung!! Dija pakai 1jam je, dah tak tahan.. Rasa macam ada benda yang menarik2 dan mencucuk2 biji mata ni. Berair mata Dija..
Sebenarnya, untuk pertama kali pakai, hanya perlu 2-3 jam saja untuk menyesuaikan mata dengan contact lense. Lepas seminggu pakai, Dija dah selesa dah dan Dija cuba juga pakai contact lense berwarna. tapi Dija tak berapa suka sebab mata Dija jadi kabur sebab warna contact lense tu menghalang penglihatan. Akhirnya, Dija pakai je clear contact lense. Tak guna mata berwarna cantik tapi penglihatan kabur juga.
Dah 5 tahun pakai lense, Dija dah ada brand kegemaran, Bousch&Lomb softlen. Selesa dan lembut.
KEMALANGAN KECIL (kecuaian diri sendiri)
kalau nak pakai lense ni, kena la buat study sikit. Sekurang2nya kena tahu cara penjagaan, apa yang boleh dan apa yang tidak. jangan jadi macam Dija, main bantai je.
Dija pernah pakai lense untuk tidur kononnya dalam 15 minit, tp terlajak tidur sampai beberapa jam.. ambik kaww... Bangun tidur, lense susah nak di tanggalkan. Gementar rasa. Dija paksa juga untuk cabut, akhirnya dapat tanggalkan. Tapi memang merah dan sakit mata lepas tu. Dija pun berhenti la pakai kejap.
Kemalangan kecil yang kedua.. yang ni memg Dija rasa nak menangis dan meraung. Dija Ambil wudhu' tp tak tanggalkan lense. Air masuk dalam mata. Lense bergerak dan tiba-tiba penglihatan Dija kabur. Mula-mula Dija ingatkan lense terjatuh, tp rasa tak selesa pula dalam mata ni. Rupa-rupanya.....lense dah bergerak masuk dalam kelopak mata..uwaaaaa... macam mana nak keluarkan ni..
Tak pergi klinik pun... Dija just tarik sikit kelopak mata, dan biarkan lense tu bergerak perlahan-lahan ke anak mata...
OK.. cukup la cerita tentang pengalaman....
Disini Dija sertakan sedikit info untuk sesiapa baru nak kenal kanta lekap/contact lense.
http://www.myhealth.gov.my/index.php/my/pemakaian-kanta-lekap-yang-selamat
Penjagaan kanta lekap dan larutan pencuci/rendaman
- Basuh dan keringkan tangan anda sebelum menyentuh kanta lekap.
- Gunakan larutan pencuci kanta lekap yang hanya disarankan oleh optometris atau juruoptik berlesen anda.
- Gosok kanta lekap anda semasa mencuci untuk membersihkan sebarang deposit dan mikroorganisma.
- Jangan gunakan larutan pencuci yang telah luput tarikh (expired). Tempoh luput larutan pencuci kanta lekap yang telah dibuka pula adalah 3 bulan selepas larutan dibuka.
- Kanta lekap yang terendam lama dan tidak dipakai perlu ditukar dengan larutan rendaman baru sekurang-kurangnya 2 hari sekali. Kanta tersebut juga perlu dicuci sebelum dipakai semula.
- Cuci dan bilas kanta lekap yang jatuh atau terkeluar dari mata sebelum memakainya semula. Ganti kanta yang terjatuh dengan kanta baru jika anda ada bekalan kanta lain.
- Jangan menambah larutan rendaman (topping off) untuk mengurangkan risiko jangkitan dan radang mata.
- Buang larutan rendaman setiap kali selepas kanta lekap dipakai. Gunakan larutan rendaman baru ketika hendak merendam kanta lekap semula.
- Pastikan anda mempunyai cermin mata dengan kuasa kanta yang terkini.
- Jangan gunakan air paip atau air suling yang dibuat sendiri untuk mencuci kanta lekap.
Penjagaan bekas kanta lekap
- Bekas kanta lekap perlu ditukar sekurang-kurangnya 3 bulan sekali.
- Bekas kanta lekap perlu dicuci dengan larutan pencuci kanta lekap, bukan dengan air paip. Bekas kanta lekap perlu dikeringkan pada posisi terbalik dan penutup bekas dibiarkan terbuka.
- Bekas kanta lekap harus disimpan atau diletakkan dalam bilik atau pada persekitaran yang kering. Jangan simpan bekas kanta lekap di dalam bilik air atau persekitaran yang lembap
Pengendalian kanta lekap
- Jangan berkongsi kanta lekap anda dengan orang lain.
- Mulakan memakai kanta lekap pada mata kanan dahulu supaya tidak keliru
- Pastikan kanta lekap tidak terbalik semasa hendak memakainya
- Buang kanta lekap yang telah luput tarikh
- Elakkan memakai kanta lekap tujuh hari berturut-turut. Biarkan mata berehat pada hari keenam atau pada hujung minggu.
Setiap kali anda memakai kanta lekap, pastikan bahawa anda :
- FEEL GOOD – selesa memakai kanta lekap
- LOOK GOOD – mata tidak merah
- SEE WELL – penglihatan jelas
Berhenti daripada memakai kanta lekap jika mata anda tidak selesa, mata merah dan penglihatan kabur.
Sentiasalah berhubung dengan optometris atau juruoptik berlesen anda untuk mendapatkan nasihat pemakaian dan penjagaan yang selamat.

No comments:
Post a Comment