Bertahun dah i tak menulis. Jangan pelik apabila cara penulisan i berbeza dari entry yg sebelum ini.
Ok, kali ni i nak cerita pengalaman i bercuti di Pulau Tioman. I cuba untuk jadikan entry ini simple but comprehensive.
Percutian ini sebenarnya adalah trip untuk staf kakak i, so i menumpang je.
- Untuk pergi ke Pulau Tioman boleh melalui 2 jeti iaitu, Jeti Tanjung Gemok (Pahang) dan Jeti Mersing (Johor). Memandangkan i dari JB, jadi i naik melalui Jeti Mersing. Pejalanan dari Jeti Mersing ke Pulau Tioman ambil masa lebih kurang 2 jam. Untuk pergi, i naik feri Bestari. Bagi i feri ini agak padat, tak selesa, panas dan tandas dia sangat teruk. Bau tandas dia tak boleh nak digambarkan.
oh ya, tiket pergi balik RM70/pax, cukai Taman Laut RM 5.00/ pax dan bayaran tambahan kerana cuti umum sebanyak RM30/group.
- Sepanjang perjalanan, feri akan berhenti di 3 jeti. Pertama di Jeti Tekek, kemudian di Jeti Juara dan terakhir adalah Jeti Salang. I turun di Jeti Salang atau di kenali sebagai Kampung Salang. Baru i tahu, di Pulau Tioman ni ada banyak kampung. I menetap di Salang atas cadangan kawan yg pernah sampai di sini. Di kampung ni, terdapat banyak chalet yang menggunakan nama Salang. Tempat menginapan i bernama Puteri Salang Inn yang terletak di hujuuunggg kampung. Tak la begitu jauh, 5 miniit berjalan kaki dari jeti. Nak ke pantai pon dekat.
- Chalet ini sangat-sangat biasa. Chalet lama yang berusia 27 tahun. Jadi, i tak boleh nak letakkan harapan yang tinggi dari segi keselesaan tetapi dari segi ketenangan, ya.. Memang tenang. Pemiliknya hanya mengekalkan apa yang ada di chalet ini dan tiada apa2 yang di upgrade kerena i tak nampak pon apa2 yang baru di situ. Apa yang buat i stress adalah water heater di bilik i tak berfungsi. Ketika i bercuti di sini pula musim hujan. Sejuk nakmati. Hari terakhir baru i mandi betul2, itu pun menumpang bilik air kakak yang pintunya rosak
- Walaupun begitu, Puteri Salang Inn merupakan satu2nya chalet yang ada kawasan khas untuk memasak, ada tv, peti sejuk sofa dan meja makan. Tapi, semua barang lama-lama la.. heheh. Staff di sini, patut di puji.. memg sangat baik, peramah dan bertimbang rasa. Kawasan chalet ni bersih. Ada pokok jambu air dan mangga. Kalau nak makan, petik je la.. Monyet pon banyak di sini. Tapi monyet2 ni tak ganggu orang.
- Di sini, mereka sediakan tempat dan peralatan untuk BBQ. I bawa bahan-bahan BBQ sendiri. sebelum bertolak ke Tioman, i dan abang singgah dulu di supermarket di Mersing. Pada asalnya nak beli seafood segar di Pasar awam Mersing, tapi malangnya hari Jumaat pasar awam tutup. Beli je la apa yang ada. Apabila sampai je di chalet, kami terus bersihkan seafood, perap dan simpan dalam peti sejuk.
- Selepas rehat & makan tengah hari (lupa nak bagi tahu, pakej yg kami ambil ni tidak masuk dengan makanan), staf edarkan barang2 untuk snorkeling dan bawa kami ke pantai untuk praktis sebelum betul2 pergi ke laut esok pagi. Teruja juga la sebab ini la kali pertama i buat aktiviti air ni.
- Keesokan hari, sepatutnya snorkeling jam 10 pagi, tetapi jam 9.30 pagi hujan turun dengan sangat2 lebat. Jam 10.40 baru kami dapat bertolak, itu pu dalam perjalanan hujan turun lagi. Tapi, kapten bot kata, laut tak bergelora dan dia pilih kawasan yg selamat untuk snorkeling. Syokk weiiii walaupun i macam takut2 jugak. i sempat pergi 4 tempat. Yang pertama main park. Di sini memg ramai orang sebab tepi pantai dan lebih kepada nak dapatkan self confidence la. Tempat seterusnya i tak ingat nama apa. Coral dia cantik, ada ikan rainbow, ikan bilis, nemo dan macam2 lagi. Kemudian, kapten bawa kami makan tengah hari di Tekek. Tekek ni seperti bandar di Pulau Tioman, ada sekolah, masjid, klinik dan kedai bebas cukai. Lain kali, kalau ada rezeki ke Tioman, i akan stay di Tekek. Lebih meriah walaupun agak bising. Di tekek ni la baru i nampak ada kereta. Salang tak ada kereta ye. Motor sahaja itu pun motor angkut barang.
- Selepas makan, i sambung snorkeling di Soyak dan pulang semula ke Salang. Ingatkan sampai salang nak main air lagi. Tapi hujan turun dengan lebat. Jadi, i balik. Mandi dan tidur.
- Malam itu, kami makan ramai2 di Salang Dream. Makanan di sini tak la mahal2 sangat. Air mineral je la mahal, RM 4.00/1.5 liter. Makanan lain lebih kurang kat darat je. Kami order makanan untuk 17 orang. Air 2 jug, ikan siakap 4 ekor (masak 3 rasa & halia), tomyam seafood 3 mangkuk, sayur 4 pinggan, daging masak lada hitam 1 pinggan dan nasi putih 19 pinggan. Total RM354. Murah kan?? Salang Dream ni makanan dia boleh tahan sedap. Yang lain tu kurang sikit. Siapa yang nak food hunt tu tak perlu la datang Tioman. Di sini makan hanya untuk hidup je. Bukan untuk mendapat kepuasan. Hahah.
- Hari terakhir, free & easy je. Memandangakn feri jam 5 petang. Kami dapat la mandi laut puas2 sampai tengah hari. Siap tempah gelanggang main bola tampar lagi.
- Awal2 tadi i ada bagi tahu staff/owner nya bertimbang rasa kan. Nak tahu kenapa? Dia bagi kami check out lambat tanpa sebarang caj ok.... Bukan lambat sejam je tau. Tetapi lambat 3 jam untuk setiap chalet. Alhamdulillah.
- Untuk balik ke Jeti Mersing, kali ni kami dapat Feri lain, iaitu Wawasan. Ha... yang ni baru best. Sejuk, selesa dan siap ada jual air dan jajan lagi.
- Sampai sini ja la i mampu menulis. entry ni pon i tak cerita terperinci. Nanti kang jadi novel pula.
- Sebenarnya ada banyak lagi kisah2 lain yang tak tertulis di blog. Antaranya, kes blacklist PTPTN ketika nak ke Hatyai, trip ke Bangkok and India, kisah cinta & air mata. InsyaAllah. Jika ada kesempatan, i menulis lagi.









No comments:
Post a Comment